Despicable Me (francais)
Despicable Me (francais)

Despicable Me (francais)

Despicable Me ialah francais media animasi terbitan Illumination dan diedarkan oleh Universal Pictures, terdiri daripada empat filem cereka, 15 filem pendek, dan cenderamata tambahan. Ia mengisahkan Gru, seorang penjahat (yang kemudian menjadi bapa dan ejen super), Minions berwarna kuning; tiga anak perempuan angkatnya, Margo, Edith dan Agnes, Dr. Nefario, dan isterinya, Lucy Wilde.Francais ini bermula dengan filem 2010 bertajuk sama[2] dan kesinambungannya Despicable Me 2 (2013)[3] dan Despicable Me 3 (2017).[4] Sebuah filem prekuel Minions, bertajuk Minions,[5] dikeluarkan padq 2015. Kesinambungan Minions bertajuk Minions: The Rise of Gru akan dikeluarkan pada 2021.Ia juga menampilan tarikan taman tema, Despicable Me Minion Mayhem,[6] di Universal Studios Florida, Universal Studios Hollywood, dan Universal Studios Japan. Ia merupakan francais filem animasi terlaris dalam sejarah pecah panggung, dan francais filem ke-15 terlaris sepanjanh zaman. Siri filem ini telah meraih $3.7 bilion setakat ini.